Showing posts with label bloodline Blackrose. Show all posts
Showing posts with label bloodline Blackrose. Show all posts

Sunday, 30 September 2018

Pelapis Induk Kandang



Empat ekor anak C ini adalah pelapis bagi induk kandang reban SMk bagi tahun 2019. Tina ini terdiri dari line Ara (BlackRose) dan seekor anak line Pok Syed (Ekor kelabu) dan seekor tina line Fire. Harapan SMk anak-anak ini akan dimaksimakan bagi proses breeding untuk mengeluarkan anak-anak game 2019.

Setakat ini semua anak-anak ini dalam keadaan sihat dan cergas. Anak ini juga telah divaccine bagi langkah pencegahan terhadap mana-mana penyakit yang boleh merosakkan usaha yang telah dicurahkan. Reban SMk amat mementingkan bab kesihatan ayam serama. 

SMk

Sunday, 22 July 2018

Line Ara


Ayam ini masih didalam rawatan dan latihan. Insya Allah akan dibawa ke Pertandingan serama dalam tempoh yang terdekat nanti.


SMk

Sunday, 1 July 2018

Anak BlackRose

Sedikit Update berkenaan anak BlackRose batch pertama yang SMk namakan sebagai line Ara. Walaupun anaknya tidak membawa warna ara tetapi cuting tubuh anaknya sangat mirip menyerupai bapanya BlackRose. 


Masih belum diasingkan


Sehari sebelum dipisahkan, abangnya dibeli sahabat SMk


Video terkini

Secaraamnya, SMk sangat berpuasa hati dengan Line Ara yang telah BlackRose turunkan direban SMk, Insya Allah ada beberapa ekor anak yang akan menguatkan warna Ara yang telah menampakkan hasilnya.



Keluarga besar Line Ara

Untuk ibu dan anak ini, SMk akan asingkan dalam tempoh 2 minggu lagi dan akan dimasukkan kembali dengan Pembaka Utama Line Ara iaitu BlackRose.

SMk

Monday, 9 April 2018

Bloodline Ara


Pasangan ini, akan menjadi pelapis kepada line Ara direban SMk untuk support pembaka Ara utama iaitu BlackRose yang juga tengah giat menghasilkan anak-anaknya.

Warna Ara merupakan satu kelainan bagi reban SMk yang bukan untuk game tetapi lebih sebagai satu kepelbagaian isi reban. Semoga ianya dapat mewarnai dan memeriahkan reban SMk. Aamin.

SMk

Tuesday, 13 February 2018

Pembaka BlackRose


Pada 1 Februari 2018, BlackRose telah bergelar bapa kepada beberapa ekor anaknya direban SMk di Semariang Aman, Kuching Sarawak. Anak kepada pembaka ini ada telah ditempah oleh kawan-kawan dan follower SMk. Tetapi ada syaratnya, SMk hanya akan melepaskan anak jantan sahaja buat permulaan ini kerana SMk masih kekurangan ayam betina direban SMk.

Apa yang penting adalah anak-anak ini sihat membesar sehingga dewasa dan berbakti direban SMk. Setakat hari ini, semua anak-anaknya masih sihat dan cergas.

SMk