Showing posts with label line DirtyAryan. Show all posts
Showing posts with label line DirtyAryan. Show all posts

Sunday, 1 July 2018

DirtyAryan Jr.1

Setelah hampir sebulan lebih masa berlalu DirtyAryan Jr1 semakin berubah dan lebih positif dari dulu. 

Masih belum diasingkan



Setelah diasingkan dari adik tinanya.



Selang Seminggu dari video yang sebelum ini



Semakin berubah kearah positif

Sekarang DirtyAryan Jr.1 semakin positif dengan mula melakukan beberapa kibasan sesuai dengan ayam yang telah mula berciri-ciri kategori ayam Remaja. Insya Allah SMk akan bawakan anak reban ini ke game sukasuki pada 8 Julai 2018 yang akan diadakan di kampung Sebandi, Asajaya.

SMk

Sunday, 22 April 2018

DirtyAryan update


DirtyAryan setakat ini, telah menjadi bapak kepda sepasang anak yang berusia bawah 1 bulan dan masih dipairkan dengan seekor ayam berdarah Godic manakala seekor induk telah mengeram dan dijangka menetaskan anak DirtyAryan pada selewat-lewatnya 6 Mei yang akan datang insya Allah. Ayam ini menjadi tunggak untuk menurunkan ayam-ayam yang mempunyai perangai jahat direban SMk.

Semoga DirtyARyan terus sihat dan menurunkan lebih banyak legasinya dimasa akan datang.

SMk

Saturday, 31 March 2018

Anak DirtyAryan


Akhirnya, anak yang ditunggu-tunggu iaitu pasangan kepada DirtyAryan ini telah menetas dengan 2 ekor anak yang dieram secara semula jadi dan 2 ekor melalui pengunaan inkubator. Setakat ini, anak ini masih dalam keadaan yang sihat. 

Semoga dari tetasan ini SMk akan memperolehi seekor 2 anak jantan yang boleh meneruskan legasi DirtyAryan. Oleh kerana Game di Sadong Jaya telah ditunda kepada satu tarikh yang baru maka SMk telah memasukkan pasangan yang baru kepada DirtyAryan bagi mendapatkan lebih banyak hasilnya.

Anak-anak DirtyAryan akan disimpan, dan hanya dilepaskan kepada peminat serama yang benar-banar serius sahaja.

SMk