Showing posts with label DirtyAryan. Show all posts
Showing posts with label DirtyAryan. Show all posts

Sunday, 1 July 2018

DirtyAryan Jr.1

Setelah hampir sebulan lebih masa berlalu DirtyAryan Jr1 semakin berubah dan lebih positif dari dulu. 

Masih belum diasingkan



Setelah diasingkan dari adik tinanya.



Selang Seminggu dari video yang sebelum ini



Semakin berubah kearah positif

Sekarang DirtyAryan Jr.1 semakin positif dengan mula melakukan beberapa kibasan sesuai dengan ayam yang telah mula berciri-ciri kategori ayam Remaja. Insya Allah SMk akan bawakan anak reban ini ke game sukasuki pada 8 Julai 2018 yang akan diadakan di kampung Sebandi, Asajaya.

SMk

Sunday, 22 April 2018

DirtyAryan update


DirtyAryan setakat ini, telah menjadi bapak kepda sepasang anak yang berusia bawah 1 bulan dan masih dipairkan dengan seekor ayam berdarah Godic manakala seekor induk telah mengeram dan dijangka menetaskan anak DirtyAryan pada selewat-lewatnya 6 Mei yang akan datang insya Allah. Ayam ini menjadi tunggak untuk menurunkan ayam-ayam yang mempunyai perangai jahat direban SMk.

Semoga DirtyARyan terus sihat dan menurunkan lebih banyak legasinya dimasa akan datang.

SMk

Monday, 9 April 2018

Pertandingan Ayam Serama di Sarawak


Semalam pihak PKKASK telah mengadakan satu pertandingan ayam serama di Sadong Jaya, Sarawak dengan dihadiri oleh kebanyakkan peminat disekitar Kuching hingga ke Serian. Rezeki SMk juga semalam, DirtyAryan telah menjuarai kategori ABS dan seterusnya menjuarai Kategori Raja Gaya dengan memperolehi Piala dan Hadiah berupa wang sebanyak RM100.

Seekor ayam Muda SMk turut mendapat tempat ketiga pada pertandingan tersebut.

Kategori ABS

Kategori Raja Kibas

Kategori Raja Gaya


Semalam SMk ditemani adik SMk iaitu Aman Apm dan Arziz dengan membawa keseluruhannya sebanyak 8 ekor ayam. 6 ekor ayam dari reban SMk manakala 2 ekor dari reban Arziz.


Gambar kenangan ahli PKKASK yang hadir bagi menjayakan Pertandingan kali ini, dengan kesempatan ini SMk mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi, Setiausaha dan semua ahli yang berusaha keras bagi menjayakan aktiviti kali ini. Anda semua memang super special dan terbaik.

SMk

Saturday, 31 March 2018

Anak DirtyAryan


Akhirnya, anak yang ditunggu-tunggu iaitu pasangan kepada DirtyAryan ini telah menetas dengan 2 ekor anak yang dieram secara semula jadi dan 2 ekor melalui pengunaan inkubator. Setakat ini, anak ini masih dalam keadaan yang sihat. 

Semoga dari tetasan ini SMk akan memperolehi seekor 2 anak jantan yang boleh meneruskan legasi DirtyAryan. Oleh kerana Game di Sadong Jaya telah ditunda kepada satu tarikh yang baru maka SMk telah memasukkan pasangan yang baru kepada DirtyAryan bagi mendapatkan lebih banyak hasilnya.

Anak-anak DirtyAryan akan disimpan, dan hanya dilepaskan kepada peminat serama yang benar-banar serius sahaja.

SMk

Monday, 26 March 2018

DirtyAryan legasi



Sekejap tadi, SMk mendapati ada anak menetas dan satu lagi telur dah mula menebuk cengkerang telurnya. Apa yang menarik untuk tetasan kali ini ialah, telur menetas ini adalah anak kepada DirtyAryan dan akan memulakan satu legasi baru bagi reban SMk.



Selepas game yang akan datang pada hujung minggu ini iaitu pada 1 April 2018 di Sadong Jaya, DirtyAryan akan terus dimasukkan dengan beberapa lagi induk yang tengah menunggu giliran. Semoga legasi baru ini membawa satu anjakkan paradigma bagi reban SMk.

SMk

Sunday, 18 March 2018

DirtyAryan


DirtyAryan semakin positif setelah induknya mengeram. Satu keistimewaan DirtyAryan berbanding ayam lain ialah, walaupun telah dijadikan pembaka ayam ini masih mengekalkan gayanya seperti sebelum ini. Bergaya, iaitu yang paling terbesar adalah rekodnya dalam game di Summer Mall dengan menjuarai kategori Muda.

Ayam ini merupakan seekor ayam yang boleh dikatakan ayam lawan meja atau suka bergaya diatas meja. Apabila diatas meja, ayam ini akan beraksi hinggakan kita terasa puas dengan persembahannya diatas meja tersebut, tanpa perlu kita bertepuk tanggan sehingga merah tapak tangan. Aksinya, sehingga kita boleh lupa ayam serama hanya beraksi selama 1 minit dan 15 saat sahaja diatas meja.

2 minggu ini kita akan mendapat keputusan dari induk pasangan DirtyAryan. Jika menetas, adakah anak-anaknya akan mengikuti jejak langkah bapanya memiliki perangai diatas meja? Maka ini akan menjadi satu tempoh menunggu yang sangat menarik untuk dinantikan.

SMK

Tuesday, 26 December 2017

DirtyAryan


Agak lama juga SMk tidak update blog kerana kesibukkan bagi persediaan pernikahan adik SMk Aman Apm, Kenduri masuk rumah dan juga sambutan Aqiqah anak SMk yang bongsu. Namun dikala kesempatan yang ada ini, SMk cuba mengimbau kembali beberapa peristiwa yang telah berlaku disepanjang 2 atau 3 minggu yang lalu.

Kita mulakan dengan video DirtyAryan, yang SMk ambil secara spontan dihadapan rumah SMk. Ayam ini telah matang dalam kategori Ayam Muda dan telah siap sepenuhnya. Mungkin boleh diturunkan lagi bagi bon yang akan datang.

SMk