Tuesday, 26 June 2018

Sunday, 24 June 2018

Maintenance Reban



Semalam dah bersih reban, hari ni kita mulakan dengan memandikan ayam serama direvan SMk.

Cuma ayam yang tengah dalam proses breeding dan ibu bersama anak sahaja tidak dibawa keluar untuk dimandikan.

Cuaca sebelah pagi tadi berhujan dan mendung, manakala jam 11 pagi keatas ini cuaca mula bertambah baik. Oleh itu, SMk memanfaatkan masa berhujung minggu yang ada untuk memandikan ayam dan merawat atau menyelenggara reban dengan semaksima mungkin.

Saturday, 23 June 2018

Induk ViraChoca



Syukur Alhamdulillah, hari ke 9 Syawal induk ViraChoca telah menetas dengan 3 ekor anak. Seekor lebih kepada kelabu manakala yang dua ekor lagi lebih kepada Fire.

Ini merupakan batch tetasan kedua bagi ViraChoca di Sarawak. Batch anaknya pertama, 2 ekor tina telah masuk anak C dan merupakan harapan bagi mengekalkan line Fire Pure 3.0 di Sarawak. Kedua tina tersebut sangat positif dari segi balung, bulu yang rapat, dan aksesori yang amat memberangsangkan.

Semoga anak bagi tetasan kedua ini juga turut positif.

SMk

Friday, 1 June 2018

Ubat Tiruan



Terkini 1Jun2018, kepada pengguna setia produk ori
SK CHAMPION sila ambil perhatian bahawa kini terdapat produk tiruan ubat burung di pasaran sekitar negeri Kelantan dan Terengganu.

Produk tiruan tersebut memang kelihatan berbeza di bahagian tudung botolnya, sila rujuk gambarajah di bawah, di minta agar semua pengguna tolong sebarkan info ini kepada kawan-kawan anda supaya tidak terbeli produk tiruan yang merugikan. sekian terima kasih.

*guna ori, mesti jadi.

Credit Eric

Wednesday, 2 May 2018

Sembang petang selepas Game


Sehari selepas menyertai pertandingan ayam serama di Summer Mall, SMk dan team Semariang bersembang dan melakukan sedikit perbincangan dan perancangan untuk game yang akan datang. Pemilihan ayam-ayam untuk digunakan sebagai ayam game bagi tempoh akan datang turut dilakukan dengan penumpuan kepada anak-anak reban yang berpontensi bagi kategori Remaja dimasa akan datang.



Ini dilakukan setelah hampir 48 ekor ayam direban SMk telah dilamar oleh sahabat handai dan peminat serama diserata Borneo. Oleh itu, pemilihan dan tapisan ayam amatlah kritikal. Setakat ini beberapa calon telah dipilih dan mula dimasukkan kedalam kem latihan.


Apa yang pasti, FireHector tersenarai secara automatic bagi kelompok bakal-bakal remaja yang akan dimaksimakan bagi latihan intensif selepas ini.

SMk

Anak BOTB


Anak ini semakin menarik dan mula berkibas dengan constant dan agak selesa di meja berbanding sebelumnya. Ianya jelas dengan gayanya dimeja seperti video dibawah.


Rasanya anak ini akan SMk mainkan secara aktif selepas Hari Raya Puasa nanti jika ada bon pada ketika itu nanti. Rasa nikmat melihat aksinya yang amat menarik dan memikat hati.

SMk

Pertandingan Ayam Serama di Summer Mall


Alhamdulillah, di pertandingan kali ini di Summer Mall iaitu pada 29 April 2018 sekali lagi DirtyAryan telah berjaya menempatkan dirinya menjadi juara bagi kategori ATL dan seterusnya berjaya menampilkan gaya yang konsisten semasa acara BOTB dan menjuarai acara tersebut.


Joki DirtyAryan kali ini adalah Akub seorang peminat serama di Matang yang juga ahli PKKASK. Sebelum bersurai, ahli-ahli PKKASK mengambil kesempatan yang ada untuk merakamkan memori penyertaan kali ini. 


SMk juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur pertandingan tersebut. Semoga dilain masa kita boleh bersukan kembali. Terima kasih.

SMk

Rawatan Puru

Kredit kepada Fatah Farm untuk perkongsian ini.



Salam sejahtera buat semua..

DIsebabkan masih ramai lagi yang pm bertanya cara untuk merawat masalah puru dalam tengkak. Kali ini saya bagi cara detail mengikut pengalaman sendiri.

Kita sedia maklum, penyakit PURU seringkali menyerang ayam jantan.. Baik, sebelum saya ulas lebih lanjut, mari kita semak punca penyakit puru..

Dari pengalaman saya yang baru setahun jagung dalam arena ayam hiasan ni.. Saya mengenal pasti dan mendapati punca PURU ialah dari lendir mucus atau hingus ayam pada rongga ayam yg bersambung dari lelangit atas ke hidung dan terus ke mata.. Apabila ayam terkena selsema, hingus ayam akan terkumpul pada lelangit atas.. Ini yg membuat ayam akan bersin berulang kali dan sesak nafas.. Jika tidak dirawat, hingus akan terkumpul dan memejal dan berkumpul di kawasan mata dan tekak.. Seperti dalam gambar ini..

Selain dari selsema, ayam yang tidak dibersihkan tekaknya dengan baik ketika selesai sabung atau sparring biarpun hanya sekejap juga punca paling besar.. Hingus yg terkumpul bersama darah akan menempel pada luka2 di dalam kerongkong ayam dan lawa kelamaan akan membentuk gumpalan putih yg banyak..

Untuk mengelak masalah ini, rawatan segera seperti memberi ubat selsema amat penting.. Jika ayam berada di tahap bersin-bersin dan keledak putih terkumpul pada mata, hal yang perlu kita buat ialah bersihkan kawasan itu.. Selepas cuci tekak buang lendir menggunakan bulu ayam. Gunakan putik kapas, cucuk dan bersihkan hingus pada kawasan lelangit atas, pastikan kawasan itu bersih sebersihnya.. Sesudah itu, gunakan putik kapas baru dan cucuk dari lelangit tekak masuk ke atas melalui salur penghubung tembus ke mata untuk menolak hingus pada saluran mata sekaligus menolak keledak putih puru pada mata ayam.. ini agak ganjil tetapi ia berkesan.. Begitu juga hidung.. Tekan dari ekor mata ke lubang hidung agar hingus keluar..

Bagi masalah PURU tekak pula, jangan risau, ia tak sesukar yang disangkakan.. Dari pengalaman saya selama ini, akhirnya saya temui satu kaedah mudah untuk merawat puru tekak.. Selain ubat selsema, sediakan bahan ini..

1 - Halia (hiris halus atau tumbuk)
2 - Kunyit (hiris halus atau tumbuk)

Kemudian dua bahan tadi kita ambil dan campurkan bersama tanpa membuang airnya, kemudian bulatkan menjadi bebola sebesar jari kelingking, buka mulut ayam dan masukkan ke dalam tekak ayam.. Jangan biar ayam telan dulu.. Urut-urutkan leher ayam tadi agar dua bahan tadi merebak ke kawasan puru tekak.. lakukan dua kali sehari pagi dan petang, dalam masa 2 hari, puru akan beransur sembuh..

SELAMAT MENCUBA. SHARE JIKA BERMANFAAT.

#info #fattahfarm #puru

Sunday, 22 April 2018

FireHector




Anak ini SMk namakan sebagai FireHector kerana gayanya dan ketrampilannya sebagai warrior yang telah jelas kelihatan walaupun hanya berusia 1 bulan setengah sahaja. Apa yang baik tentang anak ini, ialah ianya bebas jarum, dan selam ori tanpa sebarang urutan.

Anak ini jika terus membesar dengan baik akan menjadi satu kebanggaan pada suatu masa nanti. Ada yang telah merisik anak ini, namun harga yang ditawarkan belum sepadan pada hemat SMk. Oleh itu, ayam ini hanya akan dilepaskan kepada mereka yang benar-benar berminat dalam memiliki ayam serama yang baik dan sanggup membayar dengan harga yang sepatutnya bagi seekor ayam serama. 

SMk