Friday 19 May 2017

Baka Husin

Credit to MdRoza

Alhamdulillah tghari tadi sy dapat bersembang dgn Nuar(anak sedara Husing kijang) mengenai baka Husin..Bagi yang tidak tahu Nuar adalah orang bertanggungjawab menguruskan ayam2 Husin Kijang...

Ayam 2000(warna Jalak) asalnya adalah ayam milik Udi Guchil dibeli dengan harga RM1600 (baka asal tidak diketahui) dan kemudian dibeli oleh Husin Kijang dengan harga RM2000..dalam masa yang sama Husin telah membeli seekor pembaka dari awi Kg Cina..Hasil dari kacukan dari anak kepada ayam 2000 dan anak baka awi telah menghasilkan seekor ayam jantan yang kemudiannya telah dijual kepada Kak Zah (seorang kontraktor) dengan harga 15K..daripada ayam yang dijual kepada Kak Zah ini telah menghasilkan seekor lagi ayam jantan yang dijual juga dengan harga 15K kepada En. Zaki Machang..Daripada ayam yang sama juga terhasilnya seekor ayam yang diberi nama 'Anak Tikus' (kerana anak ayam ini digigit tikus semasa kecil)

Daripada ayam yang dijual kepada En. Zaki Machang ini Husin telah berjaya mendapat sepasang anak ayam yang mana anak yang jantan dinamakan 'Kijang Mas'..Kijang Mas ini hanya sempat mendapat seekor sahaja anak dan mati dalam jagaan Nuar dan kijang mas sendiri tiada baka lain..

Saudara Nuar juga ada menyebut dia menjual dua ekor ayam kepada peminat dari terengganu iaitu saudara Joe 5K dengan harga 5k ( dijual pda malam raya) dan Cikgu Shafie ( Harga tidak dpt dipastikan) ..Daripada ayam yang dijual kepada saudara Joe 5K inilah terhasilnya Sri Palas..

Ayam 2000 akhir sekali dijual kepada saudara Hasan PCB juga dgn harga RM2000.

dari perbualan singkat dgn saudara Nuar saya dapat buat beberapa kesimpulan:
1) Baka 2000 adalah kerana ayam itu dibeli dengan harga RM2000 oleh Husin
2) Harga termahal yang dijual oleh Husin ialah 15K
a) Kepada Kak Zah
- menghasilkan Anak Tikus
- Menghasilkan ayam yg di jual kepada En. Zaki Machang
b) Kepada En. Zaki Machang
- Menghasilkan Kijang Mas
3) Kijang Mas tidak mempunyai baka
4)Sri Palas adalah dari baka Husin

inilah secara ringkas saya dapat catatkan serba sedikit mengenai baka Husin Kijang seperti mana diceritakn oleh Nuar kepada saya.Sebarang kesilapan mungkin kerana salah pemahaman saya atas penerangan yang diberi oleh Nuar kepada saya.

P/s.. catitan diatas adalah dari nukilan MdRoza.

Satu lagi masa mengenai ayam 2000..selepas di jual kpd abg Hasan PCB ayam ni masih produktif cuma tidak menghasilkan ank2 yang cantik.. tambah MdRoza.

mengikut kata joe 5k sri palas adik dia yg buat tp baka asal reban dia, komen Awang Kenali.

Ye lah ... tapi kawan saya kata ayam tuch tetas direban dia ... Walahualam hehe
salah satu network Mat Ya breeding ayam ... budak nich jarang keluar bong ...
Mat Ya byk psg networking ... sbb tuch kalau pergi reban dia hari nich tak de ayam datang lusa ada ... wkwkwk
kalau ikut cerita versi budak tuch ibu dia beli ... dan diberitau ibu dan bapak telah dibeli orang ... pada ambe terkeluarnya Sri Palas adalah suratan takdir dan rezeki bukan kerana pengajian bab baka ...
Submerin pun kalau tak silap dari Mat Ya juga dia jual masa anak lg ker org kedah dan dibeli pula oleh Abe Soh Tanjung Mas dan dijual kpd Dr. Zul (Allahyarham) lpas tuch ... Kuzai ... kalau tak silap ...
tambah JangGfour

abe Mt Jang Mohd..Nuar x kata Sri Palas dari reban Joe 5k..dia bgtau Joe cakap dia sudah bela baka Husin dlm 10 thn dan suruh gi tengok ayam di rumah dia sekor, Joe nk jual lebih 5K..Nuar gi bersama 2 orang dr kampung Banggol yg berminat nk bli ayam tp akhirnya x jadi sebab dorang cakap ayam tu kecil sangat..komen MdRoza

setau sy sri palas tetas umah mat ya...lps tu dia g bbh umah saing dia..(sapax tau)....adik beradik dia mat ya jual kedah...hok kite tau la... komen Farid Terengganu kite

Dibawah adalah komen2 dari tahun 2012.

Minta info dari peminat-peminat ayam serama.....ada berapa versi baka husin kijang agaknya.....harap semua boleh bagi info....yang saya tahu setakat ini satu je.....husin 25,001.00....hanya untuk pengetahuan je....terima kasih ulas MdRoza.
setahu ambo ada 2..baka 2000 (bapak asal jalak) satu lg kijang mas(baka kacuk dgn bak awi kg cina)
hahaha 2 versi..satu ag org panggil dia husin putik.. dari MdRoza pada 2012.

rasanya kalu baka husin, cg lie banyak yang tahu... cuma yang ambo dengar dari otai-otai yang terdahulu... baka husin ada 3 cabang (correct me if im wrong),, 2000,kijang, ank tikus... apa2 maklumat lanjut, mungkin bolih tanya cg lie... kata Bahar pada 2012

husin 25000 dan husin 25001.00 nie memang ada. ayam asal nya dari wazi pasir putih dan telah dijual kepada cina tat kuala tganu. mungkin ejaan salah harap maaf.
husin hok sohor nie ada 2: satu alik 2000 dan satu alik kijang.
anoktikus alik kijang 2000.. kuar warna ara/hijau.
alik kijang warna kuning kuar kijang mas.
husin 25000 adalah alik kijang mas, yang telah dikacuk banyak lapis.
kenapa 25000.. sbb telah dibeli dgn harga tersebut oleh cina tat. maaf krn mengunakan nm nya.
tgk dimata kasar aye husin nie tidak lah comel... tetapi ciri2 serama asli masih kuat pada darah husin kata cjk pada 2012.
di FB serama tanpa batasan.

husin tak pernah jual ayam dgn harga 25000...ayam Anak Tikus warna kuning bukan ara/hijau...bapak 2000 husin jual setelah dapat kijang mas muda dan anak tikus melalui bapok kuning..masa bapok 2000 dijual ayam tu dah tak produktif ulas farid terengganu kite



Baka husin yg berubah menjadi baka rebutan bukan dari segi dpt ayam.. tp dari segi perbalahan tentang teori asalnya. Maka cerita sebenar cuma husin atau nuar yg tahu tak pun kene tanya kat mat yar sendiri 😂

No comments: