Sunday 14 May 2017

Kebaikkan kunyit untuk ayam

Disebabkan sekarang musim panas.
Saya nak kongsi satu tip.. Mungkin anda semua sudah biasa.. Tapi di sini hanya untuk tambahkan ilmu pada diri saya dan kita semua.

KHASIAT KUNYIT BASAH UTK AYAM KETIKA MUSIM PANAS.

Kunyit diguna untuk ayam. Bukan ayam goreng kunyit. Cerita pasal petua kunyit untuk kesihatan ayam...

Petua orang lama-lama kita pasal manfaat dan khasiat kunyit untuk ternakan ayam memang sudah lama teruji dan dapat dimanfaatkan oleh kita sebagai generasi penerus selanjutnya. Berbekalkan dari pengalaman nenek moyang kita, semua jenis ayam banyak menggunakan adunan dan ramuan kunyit sebagai penjagaan kesihatan ayam...

Antara MANFAAT KUNYIT yang paling terkenal adalah ubat untuk hawar. Kunyit hidup ditumbuk bersama beras dan diberi makan ayam... InsyaAllah berkesan...

Kalau kunyit yang dipotong dan pula boleh diberi makan samada cara paksa (disuap) untuk ayam yang kurang nafsu makan, sebagai antibiotik (vaksin), sebagai ubat cirit-birit atau sebagai ubat anti-kelesuan...

Untuk kegunaan dalaman ayam, bahagian umbi (rizom, ibu kunyit) yang berumur lebih dari satu tahun boleh digunakan sebagai ubat berkhasiat untuk:

-menyejukkan badan ayam terutama apabila keadaan cuaca panas...
-membersihkan sisa kotoran pada saluran pencernaan...
-membantu merangsang melepaskan gas-gas yang lebih dalam usus (buang angin)...
-dapat menghentikan pendarahan dan mencegah penggumpalan darah...

*CARA PEMBERIANNYA pun mudah, boleh ditumbuk halus dan ditampal secara langsung kepada ayam atau boleh juga ditambah dalam air minum atau diberi makan...

Kalau sebagai kegunaan luaran, kunyit boleh digunakan untuk merawat penyakit bengkak terutama ayam laga selepas bertarung dengan cara disapukan secara langsung pada luka...

Kalau nak bagi kulit ayam kuat dan tebal boleh buat bedak dengan dicampurkan gambir dan kapur sirih kemudian disapu cecair kunyit ke seluruh badan ayam laga bagi meningkatkan ketebalan kulit, sehingga tahan gigitan serangga...

Untuk ubat mata bengkak, air kunyit (cecair kunyit) boleh dititiskan pada mata yang bengkak...

Kalau ada yang dok selsema boleh bagi basuh muka ayam... Cara dia hidung ayam yang berair atau selsema dibersihkan dengan cecair kunyit yang di panaskan (bagi suam2 kuku le)...

*Petua simpanan orang lama memang berguna,, walaupun ada ubat moden...

Cerdit to fattahfarm

SMk

No comments: