Thursday 4 May 2017

Teknik Jualan

Baru-baru ini, oleh kerana SMk telah tiada ayam di Kuantan maka SMk mula melihat-lihat hobi lain yang boleh SMk ceburi sebelum berhijrah ke Sarawak dalam 2 atau 3 bulan nanti. Maka SMk telah melihat-lihat diFB hobi seperti ikan hiasan kerana SMk juga mempunyai pengalaman dalam dunia ikan hiasan sebelum ini.

Semasa melihat-lihat di FB SMk dapati cara jualan ikan hiasan seperti ikan Betta mempunyai cara yang cukup menarik. Disamping dijual secara personal melalui pm SMk dapati breeder dan player ikan Betta juga mengadakan Bidding untuk jualan bagi menaikkan harga ikan-ikan mereka. Cara ini SMk dapati amat baik jika boleh dipraktikan kepada Ayam Serama.

Namun bagaikan kejutan, ada juga pada hari ini cara jualan melalui bidding dilakukan oleh penjual serama pada hari ini juga. Mungkin kebetulan..



Tetapi pada SMk ini adalah satu cara yang amat baik dan kalau boleh diteruskan dengan meluas digroup jualan ayam serama yang lainnya. Agar jualan sebegini dapat menaikkan harga ayam serama yang selama ini dikatakan agar merudum walaupun sebenarnya SMk kurang bersetuju. Sebab pada SMk, jualan adalah terpulang kepada si penjual meletakkan berapa pun harganya. Kerana hanya penjual mempunyai hak mutlak keatas barang-barangnya.

Jika pembeli berminat dan merasakan harga tersebut tinggi maka, sipembeli juga boleh membuat penawaran. Maka masing-masing mempunyai hak keatas ayam dan duit masing-masing.

Sebagai rumusan, SMk berharap cara bidding dapat digunapakai untuk penjualan serama selepas ini dan digunapakai secara meluas. Semoga harga ayam serama dan permintaan terhadapnya akan terus meningkat.

SMk

No comments: